pinjaman wang berlesen terbaik di sungai buloh selangor

Notis Perlindungan Data Peribadi

(1.) Notis ini dikeluarkan oleh AGH CAHAYA RESOURCES ENTERPISE. (No. Syarikat 001545466-P) (“Kami” atau “AGH”) sebagai pengguna data menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), dan Notis ini mesti dikenakan kepada kamu sebagai subjek data.

(2.) Bagi tujuan Notis ini, ungkapan “data peribadi”, “data peribadi sensitif”, “subjek data”, “pengguna data” dan “pemproses data” mempunyai erti yang sebagaimana ditakrifkan dalam Akta tersebut.

(3.) Kamu dengan ini memberi kebenaran kepada kami untuk mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menggunakan dan/atau memproses data peribadi dan data peribadi sensitif kamu. Kebenaran ini mesti kekal digunakan sehingga kami menerima notis pembatalan keberanaran bertulis daripada kamu.

(4.) Kami berhak mengikut budi bicara kami pada bila-bila masa untuk menolak untuk membekalkan, atau menggantungkan dan/atau memberhentikan, dengan serta-merta, mana-mana atau semua perkhidmatan kami kepada kamu sekiranya kamu enggan memberi atau menarik balik atau menolak kebenaran yang dirujuk di dalam perenggan 3, atau mengehadkan pemproses data kamu.

(5.) Kami boleh mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menggunakan dan/atau sebaliknya memproses data peribadi kamu dalam apa bentuk sama ada secara dalam salinan keras, electronik atau sebaliknya. Maklumat yang dihantar kepada kami boleh disimpan dan dihantar ke server kami di Malaysia. Kamu memberi kebenaran terhadap penghantaran rentas sempadan data peribadi dan data peribadi sensitif kamu untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 9 di bawah.

(6.) Data peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, salinan dan butir-butir dokumen pengenalan, butir-butir talian, butir-butir akaun bank, sejarah pekerjaan, kredit dan rujukan semak, status perkahwinan, status kesihatan, pensabitan kesalahan atau pendakwaan, butir-butir kewangan peribadi dan keselamatan social. Kami juga boleh mengumpul, merekod, memegang, menyimpan dan/atau memproses data berikut: maklumat peranti, maklumat log seperti tarikh, masa dan tempoh bagi setiap kunjungan ke laman web kami, sejarah pelayaran, alamat protokol internet, cookies dan maklumat lokasi. Kamu boleh menolak penerimaan cookies tetapi kamu tidak dapat mengakses ke bahagian atau keistimewaan laman web kami jika kamu menolak penerimaan cookies.

(7.) Kamu memberi kebenaran pada kami untuk mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menggunakan dan/atau sebaliknya memproses maklumat kamu dari sumber-sumber lain dan kamu memberi kuasa yang tidak boleh ditarikbalik kepada kami untuk memproses mana-mana maklumat kamu yang kami mungkin memerlukan daripada mana-mana sumber. Tanpa menjejaskan keumuman di atas, kami boleh mengumpul atau sebaliknya memproses maklumat kamu daripada mana-mana pemeriksaan latar belakang pihak ketiga, mana-mana agensi pelaporan kredit, mana-mana pengamal perubatan atau makmal, mana-mana pihak berkuasa kawal selia, agensi, jabatan kerajaan dan mana-mana pihak berkuasa (seperti BRIM), depositori pusat atau ejen depositori, untuk tujuan-tujuan berikut: 

  1. untuk menjalankan penyemakan kredit dan/atau penyemakan litigasi terhadap kamu;
  2. untuk mendapatkan mana-mana maklumat yang berkaitan dengan tahap kesihatan kamu;
  3. untuk mendapatkan mana-mana maklumat yang berkaitan dengan kecerdasan kredit, profil dan maklumat kredit lain;
  4. untuk mendapatkan dan mengesahkan mana-mana maklumat tentang kamu yang kami mengikut budi bicara kami dianggap sesuai, termasuk tujuan untuk mematuhi undang-undang anti-pencucian wang; dan
  5. untuk mendedahkan mana-mana maklumat dan data yang berkaitan dengan kamu kepada Bank Negara Malaysia, mana-mana kerajaan atau agensi kawal selia atau pihak berkuasa, mana-mana biro kredit, mana-mana agensi pelaporan kredit, dan mana-mana orang lain kepada sesiapa pendedahan adalah dibenarkan dan/atau diperlukan bawah undang-undang.

(8.) Pemproses data termasuk mana-mana orang atau organisasi yang bukan pengguna data yang memproses data peribadi bagi pihak kami dan/atau atas arahan kami. Kamu memberi kebenaran bahawa kami boleh melantik mana-mana pemproses data atas pilihan kami untuk memproses data peribadi dan data peribadi sensitif kamu.

(9.) Kamu dengan ini mengaku, mengesah dan bersetuju bahawa kami boleh mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menggunakan dan/atau sebaliknya memproses data peribadi kamu untuk tujuan-tujuan berikut:

  1. dalam segala perkara yang berkaitan dengan kontrak yang dibuat atau akan dibuat di antara kamu dengan kami;
  2. untuk tujuan memproses permohonan, permintaan dan/atau pertanyaan kamu;
  3. untuk tujuan membekalkan perkhidmatan kami kepada kamu;
  4. untuk tujuan kawalan dalaman dan pengurusan risiko;
  5. untuk menjalankan analisis dan penilaian laman web dan perkhidmatan kami supaya membantu kami mempertingkatkan laman web dan perkhidmatan kami;
  6. memantau pematuhan terhadap kontrak di perenggan (a) dan peraturan-peraturan dan dasar-dasar kami yang berkuatkuasa pada masa berkenaan, penggunaan laman web kami dan mana-mana undangundang lain yang berkenaan
  7. mematuhi keperluan pematuhan dan pendedahan mana-mana dan semua jabatan kerajaan dan/atau separa-kerajaan, agensi, badan-badan kawal selia dan/atau berkanun;
  8. mematuhi apa-apa obligasi undang-undang yang mengikat kami di bawah mana-mana undang-undang, kaedah, peraturan, undang-undang kecil, perintah, garis panduan, arahan, dasar dan apa-apa kehendak lain yang berkuatkuasa dan seperti yang dipinda dari semasa ke semasa;
  9. menguatkuasakan hak kami di bawah kontrak di perenggan (a) dan peraturan-peraturan dan dasardasar kami berkuatkuasa pada masa berkenaan, penggunaan laman web kami atau mana-mana undang-undang lain yang berkenaan untuk mempertahankan hak-hak kami;
  10. bagi tujuan penyimpanan rekod dalam perjalanan biasa perniagaan kami;
  11. bagi tujuan mengedar , menghantar dan/atau menyampai kepada kamu, dengan apa-apa cara (termasuk e-mel, khidmat pesanan ringkas , mel biasa dan cara-cara lain), bahan promosi (termasuk produk-produk , perkhidmatan, pelancaran baru , acara akan datang, promosi, iklan, pemasaran dan bahan-bahan komersial) yang berhubung dengan perkhidmatan kami; 
  12. dan bagi apa-apa tujuan yang berkaitan atau berhubung dengan perniagaan kami

(10.) Data peribadi kamu yang kami pegang akan disulitkan dan kami boleh memberikan maklumat tersebut kepada pihak-pihak di bawah (“Pihak Ketiga”) untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam perenggan (9.) di atas:

  1. affiliate kami dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kami (sama ada di Malaysia atau bidangbidang kuasa lain);
  2. pemegang serah hak kami;
  3. mana-mana orang yang kami mempunyai kewajipan untuk membuat pendedahan kepadanya di bawah undang-undang, kaedah, peraturan, undang-undang kecil, perintah, garis panduan, arahan, dasar;
  4. mana-mana mahkamah dan/atau pegawai mahkamah; 
  5. juruaudit, jurukira dan penasihat cukai kami;
  6. penasihat undang-undang dan profesional pematuhan kami;
  7. bank-bank kami; dan
  8. profesional penasihat, pembekal perkhidmatan dan vendor kami.

Kamu memberi kebenaran bahawa kami boleh mendedahkan data peribadi dan data peribadi sensitif kamu kepada mana-mana Pihak Ketiga untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam perenggan (9.) di atas.

(11.) Kamu boleh meminta akses kepada dan membuat pembetulan data peribadi kamu dan/atau mengehadkan pemprosesan data peribadi kamu, atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan data peribadi dan data peribadi sensitif kamu, dengan menghubungi kami di [email protected] Namun, kami boleh menolak permintaaan kamu untuk mengakses data kamu seperti yang dibekalkan di dalam Akta. 

(12.) Kamu bertanggungjawab untuk memastikan data peribadi yang kamu berikan kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan data peribadi tersebut adalah terkini, dan kamu hendaklah dengan segera memaklumkan kami sekiranya data peribadi tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan terkini, dan kamu hendaklah memberikan kami data peribadi yang benar, tepat, lengkap dan dikemaskini. 

(13.) Sekiranya kamu memberikan kami data peribadi, data peribadi sensitif atau maklumat mengenai orang lain, kamu mengesah bahawa dia telah melantik kamu untuk bertindak untuk dia, untuk bersetuju kepada pemprosesan data peribadinya selaras dengan Notis ini dan untuk menerima notis perlindungan data bagi pihaknya. 

(14.)Kami akan menyimpan data kamu untuk selama yang diperlukan untuk kami mamatuhi obligasi kami di bawah kontrak di antara kami atau yang dikenakan di bawah undang-undang, atau untuk memenuhi tujuantujuan yang dinyatakan di Notis ini atau seperti yang diperlukan untuk menunaikan apa-apa kehendak undang-undang, peraturan dan/atau perakaunan. Kami akan memadamkan atau memusnahkan data peribadi kamu selama-lamanya sekiranya data peribadi kamu tidak lagi diperlukan untuk memenuhi tujuantujuan yang dinyatakan dalam Notis ini. 

(15.) Kami mengekalkan hak untuk memindah Notis ini pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa dan satu notis mengenai pemindahan akan disediakan untuk kamu melalui notis bertulis atau cara yang lain yang kami anggap sesuai. Kamu perlu menghantarkan kami satu pembatalan kebenaran bertulis sekiranya kamu tidak bersetuju dengan kami terus memproses data peribadi kamu selaras dengan Notis yang telah disemak semula. 

(16.) Sekiranya Notis ini tersedia dalam lebih daripada satu bahasa, versi Bahasa Inggeris akan dianggap sebagai versi utama dan baki akan dianggap sebagai terjemahan dari versi Bahasa Inggeris, dan versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai jika terdapat sebarang konflik, tidak konsisten atau percanggahan antara pelbagai Bahasa. 

(17.) Sekiranya anda ingin meminta akses ke Maklumat Peribadi anda, meminta perubahan / pembetulan Maklumat Peribadi tersebut atau memberikan maklum balas kepada AGH Cahaya Resources mengenai Pemberitahuan Privasi ini, anda boleh menghubungi kami di alamat berikut, no telefon. dan / atau e-mel: –

AGH Cahaya Resources
61A, Jalan TSB10A,
Taman Industri Sungai Buloh,
47000 Sungai Buloh, Selangor.

Tel: 019-490 7055

Email: [email protected]